Friday, December 24, 2010

homemade wedges

salam..

Menu brunch tuk hari nie......."wedges". Wedges nie buat sendiri tau.Tapi tak leh la nak dibandingkan dgn wedges kat KFC. Rasa pun lain juga la.But overall , Sodaapp!!. Abah aku pun puji masakan aku.Hohohoho..(kembang bontut.. ^^)





walaupun wedges tu x lawa sangat.. tapi sedappp~~



nyum2~~(nak lagi sedap cicah dgn sos cili ^^)


Tuk resepi wedges ni tiru kat internet je.Banyak gila pilihan.Tapi sebab tak cukup bahan , wat je guna bahan yang ada.Bahan2 tuk wat wedges ni simple sahaja.Korang pun leh wat sendiri.


Bahan2 yg digunakan:


5 Biji kentang saiz XL (potong berbaji)

2 sudu teh serbuk lada hitam

1 sudu teh serduk lada (klu nak pedas, tambah lebih ckit)

1 sudu teh serbuk kari

2 biji telur

tepung goreng ayam cap adabi

garam


Cara2:


1-Bersihkan kentang dengan air suam tuk buang kotoran dikulit kentang.Setelah bersih, potong secara berbaji & kulit kentang tak perlu dibuang.

2-Rebus kentang sehingga empuk, kemudian angkat & toskan

3-Kemudian satukan lada hitam, serbuk lada sebuk kari & sedikit garam dalam satu bekas & campurkan dgn kentang yang ditoskan.Pastikan serbuk2 tadi bersalut dgn semua kentang.

4-Kocok telur(x perlu sampai kembang)

5-Masukkan kentang satu demi satu .Kemudian salut dgn tepung sepenuhnya.

6-Goreng dgn api serdahana sehingga keemasan.

7-Hidangkan dgn sos cili & mayonis.

8-Dah boleh makan(hehehehe..^^)



Simplekan resepi dia.Orang yang tak pandai sangat masak macam aku pun boleh wat tau.Betul x?
Selamat mencuba!!

3 comments:

  1. wahhhhh,,, sedapnya,, tolong buatkn boleh??
    hehe,, then postkan,, :))

    ReplyDelete
  2. wargh..
    dap tuh...
    nk try wat gak la..
    ^_^

    ReplyDelete
  3. hana honey: klu nak lagi sedap lepas dah marinate simpan dalam freezer dalam semalaman.Then baru masak..Rasa much better

    ReplyDelete